Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Zambry Pantau Rapi Persediaan...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata...

Singapura Hantar Pasukan Agih...

SINGAPURA - Mercy Relief, agensi bantuan bencana yang terkemuka di Singapura, telah menghantar...

RPEL Bantu Lahir Pekerja...

KUALA LUMPUR – Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) yang memberi peluang kepada kumpulan...

Scarlett Johannson Bercerai Lepas...

PELAKON simbol seks Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, lelaki Perancis,...

Maria Hancurkan Kebahagiaan Keluarga Kami – Anak Tiri

SELEPAS pernikahan pelakon jelita Maria Farida dengan seorang ‘Dato” November lalu mencetuskan kontroversi kerana didakwa merampas suami kawan baik sendiri, kini muncul cerita panas lain.

Anak tiri Maria telah tampil dan mendakwa berasa kecewa dengan perubahan sikap bapa mereka, Datuk Rahman Shakur yang dikatakan mula mengabaikan dia dan adik-beradiknya selepas berkahwin lain.

Nur Shazleen Anis, 28, dilaporkan berkata semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja namun perubahan mula ketara selepas perkahwinan bapa mereka dengan Maria di mana hidupnya dan adik-beradik lain mulai terbiar dan kucar-kacir.

Maria dan Datuk Rahman di hari pernikahan mereka
Maria dan Datuk Rahman di hari pernikahan mereka

“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.

“Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri.

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya.

Selain Wan Nathasha yang berusia 22 tahun, Shazleen mempunyai adik-adik yang masih remaja dan perlukan kasih sayang: Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6.


Anak-anak tiri Maria Farida
Maria Farida Bersama Anak-Anak Tirinya

Shazleen turut mengaku bahawa dia sebelum ini telah termakan hasutan untuk memburukkan ibunya, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan.

“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian via Malay Mail Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UIOPuO9VNbE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori