PELAWAK dan pelakon, Iskandar Shah Hashim atau lebih popular dengan panggilan Angah bakal melangsungkan perkahwinannya pada 19 Februari ini selepas hampir 9 tahun bergelar duda.
Angah memberitahu bahawa selepas pernikahannya, majlis persandingan akan dilakukan pada 20 Februari di Dewan Tun Ali, Bandar Melaka.
“Persediaan hampir 80% telah saya siapkan dari tahun lepas dan sekarang ini saya tengah belajar untuk menjadi seorang imam dalam keluarga dan itu lebih kepada persediaan peribadi,†katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Pengumuman 15 peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).
Angah berkata tiada sebearang masalah antara dirinya dan bakal isteri berkaitan dengan hal kerja dan mereka saling memahami antara satu sama lain.
“Saya rasa dia tidak ada masalah dan faham akan karier saya. Bila saya dengan dia saya rasa selesa,†katanya yang sudah mengenali bakal isterinya 2 tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC