Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk, James Lee...

KUALA LUMPUR - Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, 68, terpaksa...

Saki-Baki Kartel Projek Diburu...

KUALA LUMPUR - Masih ada beberapa lagi individu berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan...

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 262 orang daripada...

Video: Bini Orang Kantoi...

ALOR SETAR - Video seorang wanita ditangkap berdua-duaan dengan seorang pendatang asing warga...

Anggota Polis Disaran Menjaga Kesihatan Elak Obesiti

KUANTAN – Semua anggota dan pegawai polis di negeri ini diingatkan supaya mementingkan penjagaan kesihatan untuk mengelakkan mereka memiliki berat badan berlebihan atau menghadapi masalah obesiti .

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata masalah itu akan mengurangkan peluang mereka untuk menikmati kenaikan pangkat seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah baru-baru ini.

“Kita perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat termasuk dengan menyertai latihan senaman jasmani dan aerobik setiap Jumaat yang akan diadakan selepas ini di samping lebih kerap menggunakan tangga pejabat.

“Kalau hendak naik ke tingkat dua atau tiga lebih baik guna tangga sahaja tidak payah guna lif yang mana secara tidak langsung boleh juga menjimatkan kos elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira Negara serta Orang Kelainan Upaya di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota yang berumur 40 tahun ke atas akan diwajibkan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun dan akan dipantau oleh semua ketua jabatan dan ketua polis daerah.

Sementara dalam ucapannya sebelum itu Sharifuddin berkata kadar jenayah indeks di Pahang sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan sebanyak 15.96 peratus atau 882 kes berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.


Beliau berkata mengikut laporan statistik indeks jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen negeri sebanyak 4,645 kes jenayah dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 5,527 kes pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kadar penyelesaian kes jenayah juga meningkat kepada 50.87 peratus tahun lepas berbanding 50.14 peratus pada tahun sebelumnya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PDRM Pahang kerana telah memberi komitmen tinggi dan kerjasama padu untuk menjayakan setiap program yang dirancang sepanjang tahun 2015,” katanya.

Katanya polis Pahang akan terus berusaha menangani masalah jenayah di negeri ini dengan memfokuskan kepada pencegahan jenayah dengan berterusan termasuk perancangan lebih efektif untuk memerangi jenayah secara menyeluruh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori