Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Tiga Maut Nahas Motosikal...

BENTONG - Tiga penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng parah selepas terbabit kemalangan di...

Feri Bawa 547 Penumpang...

ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi...

Laman Web Khas Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar akan melancarkan laman web khas yang menyediakan pelbagai...

LGBT: Jangan Terpengaruh Amalan...

KOTA BHARU - PAS mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan gaya hidup...

Angka Maut 7, Warga Belanda Sah Antara Terkorban

SEORANG warga negara Belanda yang bekerja di bangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) di Jakarta disahkan maut oleh pihak berkuasa Indonesia.

Memetik laporan stesen antarabangsa Al-Jazeera, setakat ini angka kematian akibat siri serangan pengganas itu sudah pun meningkat kepada tujuh orang.

jakarta

Kompilasi Gambar Detik Cemas Jakarta Bergegar

Sementara itu, pihak polis tempatan dilapor sudah menembak mati empat suspek militan yang melancarkan serangan bom dan tembakan di sekitar ibu kota Jakarta.

Jurucakap polis, Iqbal Kabid berkata: “Kami sudah mengepung keseluruhan bangunan berkenaan. Kami akan mengisytiharkan keadaan terkawal tidak lama lagi”.


“Kami juga sedang membersihkan bangunan itu, dari tingkat bawah tanah sehingga ke tingkat atas,” kata beliau lagi kepada wartawan.

Kejadian berbalas tembakan antara penyerang dan polis berlaku dalam pawagam gedung Sarinah Mall yang turut menjejaskan kafe Starbucks serta kiosk polis yang ditempatkan di kompleks beli-belah terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori