Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hanya Graduan Kelas Pertama...

SERDANG - Hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang...

‘Mama Hantar Dia Sampai...

KANGAR: "Dia cakap dengan mama yang dia hendak keluar pergi ke kedai dan...

Video: Berebut Beli Tudung,...

FENOMENA melampau yang tercetus setiap kali tudung Fareeda memperkenalkan koleksi terbaru mereka bukan...

Korban Gempa Terburuk Itali...

ROM - Jumlah kematian susulan gempa bumi terburuk di Itali hari ini meningkat...

Aplikasi Terbaharu, Ukur Saiz Coli Guna Telefon Bimbit

JIKA dahulu wanita perlu mendapatkan pita pengukur untuk ukur saiz pakaian dalamnya, kini satu teknologi baharu dicipta bagi memudahkan proses mengukur tersebut.

Cara ukuran yang menggunakan pita pengukur.
Cara biasa mengukur saiz coli.

Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam wanita, Thirdlove di San Francisco, Amerika Syarikat, telah mencipta satu perisian khas bagi mengukur saiz coli dan ianya dikatakan lebih tepat jika dibandingkan dengan penggunaan pita pengukur yang selama ini digunakan.

Penaung syarikat ini Heidi Zak berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Cara penggunaannya juga dianggap mudah dan mesra pengguna.

Aplikasi canggih yang diperkenalkan oleh Thirdlove.
Aplikasi canggih yang diperkenalkan oleh Thirdlove.

Pengguna yang ingin mendapatkan ukuran tepat saiz coli mereka hanya perlu berdiri di hadapan cermin sambil berselfie. Beberapa langkah mudah lain turut diterangkan antaranya pengguna perlu berdiri dengan jarak tertentu di hadapan cermin.

Ukuran akan ditentukan oleh sistem canggih yang terdapat pada aplikasi terbaharu ini hanya dalam masa 5 minit sahaja. Ianya dianggap sangat memudahkan pengguna terutama ketika berada di pusat beli belah untuk membeli pakaian dalam.


Aplikasi canggih itu kini sudah mula dijual di pasaran United Kingdom pada harga £33 (RM211.41) sehingga £46(RM294.68). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mail

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ekhjGQojn-o]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori