Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Real Madrid Sukar Raih...

PASUKAN Real Madrid dikatakan menyesal apabila mereka melepaskan Cristiano Ronaldo dan tidak menyangka...

Tak Dibenarkan Balik Kampung...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut...

Selepas 13 Tahun, WTC...

13 tahun lalu pada tanggal 11 September 2001, seluruh dunia digemparkan dengan serangan...

Pemandu Maut Selepas Lori...

DUNGUN - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah...

APMM Tenggelam 243 Bot Jadi Tukun Tiruan

ALOR SETAR – Sebanyak 243 buah bot lucut hak ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan negara sejak 10 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Beliau berkata sebahagian besar daripadanya ditenggelamkan di pantai timur, perairan Sabah dan Sarawak serta pulau berhampiran perairan Kedah dan Pulau Pinang.

“Kita dapat manfaatkan bot yang telah dilucut hak bagi kepentingan rakyat.

Kita akan teruskan usaha ini dan ia akan tingkatkan lagi ruang dan peluang untuk rakyat dapat keuntungan dari segi ekonomi dan pelancongan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bot lucut hak APMM kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sini hari ini.

Sebanyak tiga bot beserta dua enjin disampaikan Ahmad Puzi kepada Ketua Pengarah JPAM, Ogu Salim Omar di Pangkalan Maritim Kuala Kedah.

Ahmad Puzi berkata penyerahan bot beserta enjin tersebut bertujuan membantu JPAM menguruskan operasi banjir serta operasi menyelamat sekiranya berlaku sesuatu bencana.


Sementara itu Ogu berkata JPAM kini dalam proses meningkatkan aset keselamatannya dan pemberian bot tersebut secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

“Bot ini akan digunakan sepenuhnya untuk selamatkan mangsa banjir dan untuk rondaan pantai selain tugas menyelamat di perairan bersama APMM,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan yang dibacakan Ahmad Puzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bot lucut hak wajar dimanfaatkan secara optimum dan tidak wajar untuk dimusnahkan.

“Saya sendiri telah minta JPAM guna bot lucut hak yang masih elok bagi melaksanakan pengurusan bencana amnya dan di dalam tugas bantuan banjir khususnya,” katanya yang merintis idea tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori