Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pendaki Cedera Dipanah Petir...

KUANTAN - Seorang pendaki yang cedera selepas dipanah petir semasa mendaki Gunung Rajah...

Lamaran 999 Kotak Kondom,...

JIKA terdahulu cubaan beberapa lelaki warga China menawan kekasih hati menggunakan kaedah yang unik...

Berlian 40 Karat Bernilai...

ANGOLA - Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata...

Wanita Dakwa Suami Kena...

TULAR kalangan pengguna media sosial mengenai satu imej tangkap layar yang memaparkan seorang...

ATM Jaga Kebajikan Keluarga Allahyarham Kapten Hasman

MELAKA – Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan keluarga pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat, sentiasa dijaga, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pihaknya akan mengkaji jenis bantuan yang dapat dihulurkan kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

“Saya bagi pihak warga kementerian dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya secara peribadi merasa sedih melihat anak arwah yang masih kecil lagi … jadi kena pastikan dari segi kebajikan, masa depan mereka terbela,” katanya kepada pemberita di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di Masjid Tanah, Alor Gajah pada pukul 7 malam tadi.

Hishammuddin juga berkata pihaknya menyerahkan kepada Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Darat sama ada untuk memberikan kenaikan pangkat sebagai memberi penghormtan dan penghargaan kepada Allahyarham.


Dalam pada itu, beliau berharap warga angkatan tentera terus mengamalkan nilai budaya positif terutama apabila rakan seperjuangan mereka ditimpa musibah.

“Kelebihan yang ada pada anggota kita dan warga Mindef ini, dalam keadaan sedih pun sokongan dan sandaran (diberikan) bukan sahaja dari segi material tetapi semangat kepada mereka yang terpaksa lalui susah payah sebegini. Saya percaya ini membawa nilai dan makna yang tidak boleh dikira dengan wang ringgit,” katanya.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]O2HZdYgIWf8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori