Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SKMM Siasat Penyebaran Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan...

4 Rakyat Malaysia Suspek...

BANGKOK – Empat suspek rakyat Malaysia dalam sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang berpusat...

Motosikal Pegawai Petahanan Awam...

SARIKEI - Sebuah motosikal milik seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sarikei, musnah...

Lelaki Hilang Ketika Mendaki...

BATU KAWAN : Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas berjoging dan mendaki bersendirian di...

Bahan Bacaan Berbahasa Asing Tanpa Permit Boleh Ganggu Ketenteraman Negara

KUALA LUMPUR – Bahan bacaan umum berbahasa asing dari negara luar yang tidak mempunyai permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh mengganggu ketenteraman negara.

Demikian tegas Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar menyatakan terdapat bahan-bahan bacaan dari negara luar yang mengandungi unsur provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan sesama rakyat mereka di sini.

“Saya fikir itu antara sebab banyak pergaduhan yang melibatkan warga asing sesama warganegara mereka berlaku di negara ini.

“Kita tidak mahu isu atau konflik yang berbangkit di negara mereka dibawa ke sini sekali gus menimbulkan perasaan takut dan tidak tenteram dalam kalangan rakyat tempatan,” katanya.

Tinjauan Bernama di Jalan Tun Tan Siew Sin, atau lebih dikenali sebagai Jalan Silang, menemui beberapa majalah dan buku keagamaan berbahasa Myanmar.

Menurut statistik jenayah bagi Januari hingga Ogos tahun lepas, 9,496 kes melibatkan warga asing berlaku di negara ini, termasuk bunuh, kecurian dan samun.


Hashimah berkata bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar berbahasa asing yang dibawa masuk ke negara ini akan dirampas serta-merta di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata KDN sedang mengkaji dasar baharu bagi menapis bahan bacaan umum berbahasa asing dan membenarkannya memasuki negara ini.

“Satu masalah menapis bahan bacaan itu ialah kami tidak ada orang yang memahami bahasa Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya.

“Ada cadangan bagi kami mendapatkan bantuan wakil duta negara-negara terlibat untuk menterjemahkan bahan bacaan tersebut,” kata Hashimah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori