SEORANG raja suku di Afrika Selatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membakar rumah rakyatnya, lebih sepuluh tahun lalu.
Buyelekhaya Dalindyebo didakwa membakar rumah di sebuah kawasan pertanian demi memenuhi hasratnya mengusir penduduk di situ.
Ketika membela diri di mahkamah, dia berkata langkah itu diambil bagi  mendisiplinkan rakyatnya.
Mahkamah bagaimanapun memutuskan,  Buyelekhaya Dalindyebo bersalah dan perlu menjalani hukuman setimpal memandangkan kuasa seorang raja tidak kebal hukum di sana.
Dalindyebo merupakan raja kepada suku AbaThembu, yang merupakan suku pejuang anti-Apartheid Afrika Selatan terkenal, Nelson Mandela. – MYNEWSHUB.CC