Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Gegar...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda utara Halmahera,...

Fasha Sandha Cedera Di...

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan...

AirAsia Lancar Perkhidmatan Wi-Fi...

KUALA LUMPUR - AirAsia Berhad (AirAsia) melancarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat dikenali sebagai...

Rancang Serangan Bersenjata, 2...

KUALA LUMPUR — Kerana merancang untuk melakukan serangan bersenjata ke atas sebuah bangunan...

Bangunan Tertinggi Di Perak Siap Dua Tahun Lagi

IPOH – Perak amnya dan Ipoh khususnya, bakal mempunyai mercu tanda baharu apabila projek MH Pinnacle, pembinaan bangunan tertinggi di sini, siap menjelang penghujung tahun 2018, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata projek pencakar langit 29 tingkat itu bukan sahaja merancakkan lagi pembangunan bandar raya itu, malah mengubah presepsi yang melabel Ipoh sebagai ‘bandar raya mati’ selepas waktu senja.

“Ini adalah perancangan yang kita susun sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk jadikan Perak negeri yang maju berdasarkan kepada konsep Perak Aman Jaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek MH Pinnacle di sini hari ini.

MH Pinnacle merupakan projek Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang dibangunkan secara usaha sama dengan pemaju tempatan Man Hoe Holdings Sdn Bhd.

Dibina di kawasan seluas 1.06 hektar, projek itu apabila siap kelak akan mempunyai dua blok bangunan dan menjadi bangunan pertama di Perak menawarkan ruang pejabat bertaraf gred A iaitu berkonsepkan kaca.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Datuk Aminuddin Hashim berkata MH Pinnacle juga akan mempunyai hotel dan unit kediaman selain pusat membeli belah dikenali sebagai Pinnacle Mall.


Beliau berkata nilai pembangunan kasar (GDV) projek tersebut adalah sebanyak RM220 juta.

Katanya MH Pinnacle merupakan projek pembangunan kedua MB Inc di Ipoh selepas kejayaan membangunkan projek Ipoh Soho yang hampir siap dan turut melibatkan usaha sama dengan pihak swasta.

“Sebagai sebuah organisasi yang memegang kepentingan kerajaan negeri dalam bidang strategik, amanat dan tanggungjawab, MB Inc tidak terhad kepada menjana perolehan bagi kerajaan negeri.

“Tetapi MB Inc turut menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi di Perak dengan menceburi projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LvrgiZbUB7g[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori