Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penghuni Kuarters Jabatan Perhutanan...

BENTONG - Penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, yang terlibat dalam kejadian banjir...

Sisa Pepejal Dijangka Naik...

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MBKB-BRI) menjangkakan jumlah...

Bercinta Isteri Orang, Lelaki...

SEREMBAN - Angkara menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki diculik sebelum...

Nad Zainal Sah Bergelar...

PELAKON drama terkenal, Nad Zainal sah menjadi isteri Muhammad Faliq, 27,  setelah selamat...

Bauksit: Peguam Direman Sekali Lagi

KUANTAN – Seorang peguam ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di sini hari ini selepas peguam yang ditahan reman oleh SPRM Putrajaya selama empat hari berakhir semalam.

Bagaimanapun, peguam itu ditahan semula oleh pegawai SPRM Pahang pukul 12.40 tengah hari semalam selepas tiga jam dibebaskan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Khamis lepas, selain peguam, tiga lagi individu turut ditahan iaitu seorang berpangkat Datuk yang merupakan bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pahang, yang kini menjadi ahli perniagaan, seorang pegawai kanan JMG Pahang dan seorang wanita pekerja syarikat perlombongan


Mereka berusia antara 34 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yRMlXGy9szk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori