Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dipatuk Ular Ambil...

BESUT - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di...

Malaysia Tak Import Ayam...

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan,...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak...

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas...

Mayat Lelaki Jatuh Feri...

SEBERANG PERAI - Mayat lelaki yang terjatuh dari sebuah feri yang dalam perjalanan...

Teksi Motosikal ‘Ojek’ Khas Wanita Mula Popular Di Jakarta

JAKARTA – Lebih banyak khidmat ojek atau teksi motosikal awam khusus untuk penumpang wanita kini popular di sekitar ibu kota Indonesia, Jakarta yang dianggap paling selamat dan selesa bagi kaum Hawa sendiri.

Berbanding menaiki bas awam dan kereta api yang sesak dengan penumpang, Jakarta yang didiami lebih 10 juta penduduk itu mula menyaksikan banyak syarikat ojek bersaing menawarkan sistem pengangkutan mesra wanita.

Ladyjek dan Sister Ojek, antara firma perkhidmatan teksi motosikal khusus untuk wanita yang baharu disediakan, menyatakan permintaan bagi khidmat ojeknya itu meningkat kurang empat bulan selepas ia mula beroperasi.

Ladyjek

“Setiap kali saya menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti van mini awam, terlalu banyak penumpang lelaki pun turut menaikinya berhimpit di ruang yang sempit, dan ini membuat saya berasa amat tidak selesa.

“Namun, saya rasa selamat menaiki Ladyjek kerana penunggangnya juga wanita,” kata Uki Pratiwi kepada agensi berita antarabangsa Reuters sebelum membonceng motosikal yang ditunggang seorang kakitangan Ladyjek.

Sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu, aplikasi mudah alih Ladyjek dimuat turun sekitar 50,000 kali dan ratusan warga Indonesia sudah serasi dengan khidmat itu setiap hari, kata pengasas Ladyjek, Brian Mulyadi.

CRBL5poUAAE3vPJ

Syarikat tersebut malah menggaji seramai 2,400 penunggang ojek, kebanyakan mereka sebenarnya ialah suri rumah atau pelajar universiti, dan ia berharap dapat meluaskan lagi perkhidmatannya ke luar wilayah Jakarta.


Puluhan firma khidmat bonceng teksi motosikal awam ditubuhkan di Indonesia setahun lalu, mengikut jejak Go-Jek, syarikat ojek pertama di Jakarta menggunakan telefon pintar bagi menyediakan khidmat secara online.

“Khidmat ojek secara atas talian syarikat yang lain mudah digunakan, namun tiada perkhidmatan yang menjaga keselamatan dan keselesaan wanita. Itulah sebabnya saya sendiri menubuhkan Ladyjek,” jelas Mulyadi lagi.

Ojek-Syari

Syarikat-syarikat ojek tempatan serupa dengan Ladyjek termasuk Ojesy atau Ojek Syari, malah turut menyediakan ramai penunggang motosikal wanita sepenuh masa yang tampil memakai tudung dan lengkap menutup aurat.

Kes rogol seorang wanita dalam sebuah van mini awam di Jakarta pada Jun tahun lalu mencetuskan kemarahan ramai, namun pemerintah dikritik tidak berbuat banyak usaha untuk mengelak kes seperti itu daripada berulang.

“Pemerintah tidak banyak melakukan usaha. Meskipun ada penumpang melaporkannya kepada pihak berkuasa, polis sering bingung bagaimana hurai masalah ini,” kata penganalisis pengangkutan, Azas Tigor Nainggolan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Tiada Bau Ketiak Syarat Pemandu Teksi Ojek Jakarta

Juga: Memandu Kereta Di Jakarta Waktu Sibuk Cuma 5km/j

Lagi: Motosikal Diharamkan Masuk Jalan Utama Di Jakarta

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori