Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

9 Mayat Gempa Bumi...

PETALING JAYA : Kira-kira sembilan mangsa gempa bumi berjaya ditemukan pasukan Mencari dan...

Kumpulan Utusan Sumbang RM50,000...

PUTRAJAYA - Kumpulan Utusan hari ini menyumbangkan RM50,000 untuk misi bantuan pasca banjir...

Peguam Pemaju Upah 50...

BONGKAR... Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan, siasatan pihak polis dapati peguam syarikat pemaju...

Bieber Beri Kejutan Kepada...

Penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bierber beri kejutan kepada peminat-peminat selepas dia membuat...

Bekalan Darah Tidak Mencukupi!

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) bimbang bekalan darah dalam simpanan agensi itu tidak mampu menampung keperluan negara untuk berhadapan dengan fenomena El Nino.

PDN dalam satu kenyataan media berkata, jumlah penderma darah sangat kurang menggalakkan sedangkan keperluan bekalan darah dijangka meningkat tahun ini.

Menurut PDN, permintaan bekalan darah dijangka meningkat disebabkan kerja-kerja pembedahan di semua hospital kerajaan dan swasta dan masalah wabak denggi.

“Semua hospital kerajaan dan swasta telah beroperasi mengikut jadual seperti biasa selepas cuti perayaan panjang dan cuti sekolah pada bulan Disember 2015 yang lepas

“Di samping itu, Malaysia kini sedang mengalami fenomena El Nino yang akan mengakibatkan berlakunya peningkatan 50 peratus kes wabak denggi dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penggunaan produk darah yang tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.


Kata PDN, permintaan ke atas bekalan darah juga dijangka meningkat pada cuti umum Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari dan cuti perayaan Tahun Baru Cina pada 8 dan 9 Februari 2016,

Sehubungan itu, PDN merayu kepada orang ramai supaya mendermah darah demi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

“PDN dengan rendah hati memohon penglibatan dan kerjasama orang ramai tampil menderma darah,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori