Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

403,637 Calon Duduki Peperiksaan...

KUALA LUMPUR: Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Hishammuddin Kagum Perpaduan BN...

KUCHING - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin kagum dengan kesatuan dan...

Tragedi MH17: Laluan Penghantaran...

BERIKUT adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik...

Syed Saddiq: Zaman Ketuanan...

KUALA LUMPUR - Zaman ketuanan Melayu di Malaysia telah berakhir! Perkara itu dinyatakan oleh...

Bekas Ahli Kumpulan Backstreet Boys Ditahan

SEBUT sahaja nama kumpulan boy band, Backstreet Boys, pasti penggemar muzik era 1990-an sangat mengenali kumpulan yang hebat ini. Namun apakah perkembangan terbaharu kesemua ahli kumpulan ini?

Terkini, salah seorang daripada ahli kumpulan Backstreet Boys iaitu Nick Carter, 35; ditahan di Florida, Amerika Syarikat oleh pihak polis atas dakwaan terlibat dalam satu pergaduhan di dalam sebuah bar di sana.

carter_nick
Nick Carter antara punca yang menyebabkan kumpulan Backstreet Boys sentiasa diingati.

Punca sebenar kepada pergaduhan yang berlaku di Hog’s Breath Saloon di Key West itu masih disiasat oleh pihak polis. Nick juga masih berada dalam tahanan di sebuah lokap polis di Florida.

Wajah terbaharu kesemua anggota kumpulan ini.
Wajah terbaharu kesemua anggota kumpulan ini.

Sementara itu, jejaka yang dahulunya menjadi kegilaan ramai ini dilaporkan sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya dengan isteri, Lauren Kitt.

Apapun, semoga ahli kumpulan Backstreet Boys yang lain tidak terlibat dalam sebarang masalah dan menjalani kehidupan seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mirror


[youtube https://www.youtube.com/watch?v=IRTbcKUn9IY]

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori