Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tanah Mendap : Penduduk...

Kawasan perumahan di Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung mengalami masalah...

Enggan Sertai Parti Tun...

SEHINGGA berita ini ditulis pada Sabtu, belum ada sebarang laporan menyatakan Tan Sri...

Najib Yakin Semporna Terus...

SEMPORNA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional dapat...

Pengasas Telegram Ditahan: Elon...

MOSCOW - Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat...

Bekas Tentera Saman Menteri Pertahanan & 3 Lagi, Tuntut RM13j

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang ditamatkan perkhidmatan selepas mengalami masalah mental berikutan dicederakan rakan seniornya, memfailkan saman terhadap menteri pertahanan dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi RM13 juta.

Mohd Islahuddin Abdul Razak, 29, bersama bapanya Abdul Razak Baharum, 55, memfailkan saman itu pada 1 Okt tahun lepas melalui Tetuan Azah Mahbob & Nur Ilham di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini.

Mereka menamakan menteri pertahanan, panglima Angkatan Tentera Malaysia, panglima TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, sebagai defendan pertama sehingga keempat.

Peguam Noor Azah Mahbob, yang mewakili Mohd Islahuddin dan Abdul Razak, memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 8 Jan ini untuk mendengar permohonan defendan-defendan bagi membatalkan saman itu.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa pada 11 Nov, 2009, dia telah dicederakan dan dianiaya oleh seorang anggota senior yang mengakibatkan gegendang telinga kanannya cedera parah.

Mohd Islahuddin, yang diterima masuk dalam TUDM pada 13 Ogos 2008 dengan pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, mendakwa dicederakan atas sebab kesalahan berkaitan urusan tugas dan tatacara pemakaiannya semasa bertugas.

Katanya dia sekali lagi dicederakan seorang rakan senior yang lain pada 25 Nov tahun sama menyebabkan gegendang telinga kirinya cedera parah.


Dia kemudiannya membuat aduan berhubung kejadian itu dan selepas dibicarakan di Mahkamah Tentera, anggota senior pertama itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan mahkamah melucutkan kekananan pangkatnya dan mengarahkannya membayar RM3,000 kepada plaintif.

Bagi anggota senior kedua yang mengaku tidak bersalah pula, mahkamah menjatuhi hukuman lima bulan tahanan di pusat tahanan tentera di akhir perbicaraan kes.

Mohd Islahuddin mendakwa selepas kejadian itu, dia disahkan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bahawa dia mengalami trauma, masalah mental dan kemurungan teruk sejak 20 Julai, 2010.

Akhirnya, dia diberhentikan daripada TUDM selepas sidang Lembaga Perubatan Pemberhentian memutuskan dia tidak layak dalam perkhidmatan tentera kerana mengalami masalah kesihatan mental yang serius.

Oleh itu Mohd Islahuddin menuntut gantirugi RM13 juta kerana ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan itu kesan daripada kejadian dicederakan dua anggota senior berkenaan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori