Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Hentikan Jelah Perkhidmatan Nuri’...

"HENTIKAN perkhidmatan Nuri, ganti helikopter baru!" itu luahan netizen ekoran tragedi malang sebuah...

346,270 Individu Terima 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 346,270 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19...

Aplikasi Sebenarnya.my Akan Diperkenal...

BUKIT MERTAJAM - Portal sebenarnya.my akan diperluaskan dengan pengenalan aplikasi berkenaan di telefon...

Hasil GST Tidak Akan...

ARAU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek...

Berbual Dengan Rakan Lain Jantina, Pelajar Digantung Sekolah

SEORANG pelajar lelaki di Croydon, London digantung persekolahan selepas melanggar peraturan sekolah yang melarang pelajar bercakap dengan rakan berlainan jantina.

Pelajar yang beragama Islam itu bersekolah di sekolah berorientasi Islam yang mana telah termaktub peraturan sekolah bahawa pelajar boleh dikenakan hukuman sekiranya bercakap dengan mana-mana rakan berlainan jantina melainkan mereka bersaudara.

Ibu bapa pelajar berusia belasan tahun itu kemudiannya melaporkan hal tersebut kepada akhbar Sunday Times mengatakan polisi sekolah itu sebagai tidak masuk akal dan tidak mengikut budaya hidup masyarakat di Britain.

“Bagaimana pelajar-pelajar ini hendak bergaul dan berkembang minda sekiranya mereka dilarang daripada berkawan dan bercampur dengan rakan berlainan jantina. Perkara ini memang tak masuk akal.

“Bagi saya, sebagai seorang Muslim, sekiranya saya menghantar anak saya ke sekolah berorientasikan agama Islam, jika anak bercakap dan bergaul dengan baik sama ada dengan rakan lelaki atau perempuan, itu tidak menjadi masalah.


“Asalkan mereka bergaul tidak melampaui batas dan menjaga tatasusila sebagai seorang yang beragama Islam. Ini kerana perkara itu tidak dilarang dalam agama Islam. Saya tak faham dengan peraturan yang tidak boleh diterima akal ini,” kata ibu pelajar terbabit.

Sekolah berkenaan mula beroperasi sejak bulan Julai 2003 dengan menawarkan khidmat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sementara itu menurut jurucakap sekolah terbabit, Mark Thomas berkata: “Peraturan sekolah sudah jelas tertulis yang mana mereka melarang sebarang bentuk komunikasi yang tidak selari dengan matlamat sekolah itu ditubuhkan”. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori