Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enam Laporan Polis Dibuat...

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima enam laporan polis berhubung...

DAP Kaji Islam Indonesia:...

SECARA sinis, DAP membangkitkan isu lawatan ke Indonesia sebagai inisiatif parti itu untuk...

JPJ Guna Sistem VEP...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan...

Wanita Mengandung Bawa Pulang...

KELANTAN kembali mencatatkan kes Covid-19 dengan kes terbaharu dipercayai di Kuala Krai membabitkan...

Berita Viral Piya Maut Dalam Kemalangan Adalah PALSU

BERITA tersebar menerusi laman Facebook mendakwa kapten pasukan bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau lebih mesra dikenali Piya telah terbunuh dalam satu kemalangan di Kota Bharu, pada Sabtu adalah palsu.

Perkara tersebut malah disahkan sendiri oleh tuan empunya badan, sebentar tadi kepada portal BH Online.

image (2)

Menurut Piya, dia sendiri terkejut tatkala mendengar berita palsu mengenai kematiannya itu dari rakannya, Izuan Shah kira-kira 2.30 petang tadi.

“Saya sangat terkejut selepas dimaklumkan bahawa saya terbabit dalam kemalangan sedangkan sepanjang hari saya hanya tidur di rumah.


“Saya nafikan perkara itu dan minta peminat tidak percaya mudah viral berkenaan,” katanya.

Sementara itu, The Red Warrior Football Club (TRWFC) menerusi akaun Facebook rasminya meluahkan rasa kesal berhubung sikap tidak bertanggungjawab pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu tersebut.

Laporan kematian ketua pasukan bola sepak Kelantan ini mula tersebar melalui laman Facebook sejak tengah hari Sabtu. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=K5XMcJr_gP0]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori