Ia merupakan detik-detik memalukan bagi seorang lelaki berusia 20 tahun, Matt Hill, yang berjalan pulang ke rumahnya dalam keadaan bogel disebabkan mabuk.
Menurut Matt yang berasal dari Early, dia minum minuman keras dalam satu perjumpaan di sekolahnya.
“Ketika saya berjalan bersama beberapa orang kawan, mereka menolak saya ke dalam lopak menyebabkan pakaian saya basah.
“Disebabkan baju saya basah, saya kesejukan dan kerana mabuk, saya mencampakkan pakaian yang saya pakai tetapi rupa-rupanya rumah saya lebih jauh daripada yang saya sangkakan,’’ katanya.
Aksinya berlari bogel berbekalkan hanya sekeping surat khabar menutup kemaluannya, telah dirakamkan oleh Tony Marsh dan Chris Moorby.
Mereka kemudiannya memuat naik aksi selama 16 saat itu dalam media sosial dan kemudiannya menjadi viral.
Namun Matt menyatakan dia tidak kisah meskipun gambarnya menjadi bahan lawak dan diketawakan ramai.
“Semua orang ketawa. Ibu saya juga berasal malu,’’ katanya. – Mynewshub.cc