Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Malaysia Terlalu Kecil Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mahu mengambil pendirian berkonfrontasi terhadap China dalam pertikaian...

‘Iron Man’ Indonesia Gegarkan...

INI bukan adengan dalam filem, tetapi tangan bionik ini memang wujud dan ia...

Komunikasi Konvensional Dan Media...

KUALA LUMPUR - Kaedah komunikasi secara konvensional masih relevan dipraktikkan meskipun dunia kini...

Video: Drama Waktu Berbuka,...

VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna...

‘Buku Panduan’ Ajar Pengganas Sertai Masyarakat

PUTRAJAYA – Pengganas Daesh atau disebut juga sebagai IS biasanya digambarkan dengan imej tipikal lelaki yang berjanggut dan lazim berjubah hitam.

Namun tanggapan tersebut kini salah.

Tanpa disedari mungkin lelaki muda yang tersenyum dengan memakai seluar jeans, kemeja-T dan topi besbol di sebelah anda adalah pengebom berani mati Daesh.

Berdasarkan ‘buku panduan’ untuk menjadi penyerang, kumpulan pengganas menyenaraikan beberapa langkah mengenai bagaimana boleh sembunyikan diri tanpa disedari dalam masyarakat sebelum melancarkan serangan.

Ia adalah panduan yang menakutkan, namun buku panduan ini memberitahu pengganas individu supaya mereka harus berpakaian dan mengamalkan gaya hidup yang sama dengan orang lain di khalayak ramai.

Untuk rekod, kesemua lima penyerang berani mati di Jakarta baru-baru ini membuktikan buku panduan itu berjaya diguna pakai secara efektif. Mereka kelihatan biasa sehingga mereka mula melepaskan tembakan.

Malah, tempoh masa yang sesuai untuk kumpulan penyerang berada dalam kelompok orang ramai juga dinyatakan dengan jelas dalam buku panduan itu yang tersebar luas di Internet pada bulan ini.


Baca: Dulu Tauke Kafe Siber, Kini Mahu Jadi Ketua Daesh Serantau

Seorang pakar pengganas tempatan, Ahmad El-Muhammady mengakui dia sudah melihat buku panduan itu malah mengetahui bahawa buku yang sama dalam bahasa Indonesia sebulan sebelum serangan Daesh di Jakarta.

Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, beliau juga telah pernah menemu bual anggota militan untuk kajian akademiknya.

Beliau berkata, mereka mempunyai akses kepada manual yang mengajar cara-cara untuk mengelakkan pengesanan, membuat bahan letupan dan melancarkan serangan pelancaran kejutan.

Buku panduan terkini yang mengandungi 62 halaman dalam fail PDF itu dipercayai berdasarkan ceramah oleh seorang ketua perisikan kanan al-Qaeda tetapi boleh digunakan oleh anggota Daesh dan militan lain.

Kuliah dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke versi bahasa Inggeris oleh pengarang buku panduan berkenaan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori