SEORANG lelaki yang mengalami sakit perut tidak menyangka kesakitan berkenaan adalah disebabkan oleh cacing pita sepanjang 6.2 meter yang berada dalam perutnya.
Penemuan itu turut mengejutkan doktor di Hospital Perubatan Hubei, China.
Lelaki berusia 38 tahun itu telah pergi ke hospital terbabit untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami muntah-muntah selama tiga hari.
Dia memaklumkan kepada doktor bahawa sejak dua tahun lalu, dia telah mengalami sakit perut, hilang selera makan dan berat badan menurun.
Menurut lelaki itu, dia suka makan daging mentah, iaitu salah satu punca jangkitan berkenaan.
Susulan penemuan berkenaan, doktor telah memberikannya ubat praziquantel, yang sering digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap jangkitan parasit.
Cacing pita dalam daging boleh memanjang sehingga 25 meter namun kebiasaannya sekitar 5 meter.