Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tempelak Pembangkang Dakwa SPRM...

ALOR SETAR - Menteri Besar Keadh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari...

Pengawal Keselamatan Direman, Bantu...

Kota Bharu : Pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian...

SAR Anggota KD Perantau...

KOTA KINABALU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota KD Perantau disyaki jatuh...

Pemilihan PKR: Polis Melaka...

MELAKA - Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang...

Casio WSD F-10, Jenama Jam Tangan Lagenda Kini Kembali

CASIO merupakan jenama yang terkenal dengan penghasilan jam tangan yang tahan lasak.

Suatu ketika dahulu Casio G-Shock ialah jam tangan yang perlu dimiliki kerana mampu menahan hentakan dari ketinggian 3 tingkat.

Kini mereka akhirnya menghasilkan jam tangan pintar pertama mereka yang menggunakan sistem operasi Android Wear.

Casio WSD F-10 mempunyai skrin bulat sebesar 1.32 inci dengan resolusi 320×300 pixel dan tahap ketahanan memenuhi piawai ketenteraan MIL-STD-810.

Ia kalis air sehingga kedalaman 50 meter namun spesifikasi lain jam tangan pintar ini tidak diumumkan.

Keunikan WSD F-10 ialah ia mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga sebulan.

Ini dicapai kerana ia mempunyai dua skrin yang diletakkan secara bertindih.


Skin LCD berwarna diaktifkan untuk penggunaan aplikasi manakala skrin kedua monokrom hanya memaparkan waktu mengurangkan penggunaan bateri.

Tidak seperti jam tangan Android Wear lain WSD F-10 mempunyai tiga butang fizikal pada sisi sebelah kanan, butang-butang ini digunakan untuk mengakses aplikasi, mengaktifkan skrin dan butang Tool.

Aplikasi ViewRanger, Runkeeper dan MyRadar disertakan bagi memudahkan mereka yang gemar melakukan aktiviti luar. Ianya akan mula dijula bermula di Jepun Mac hadapan dengan harga AS$500 (RM 2180) sepasang dengan empat pilihan warna iaitu hijau, merah, hitam dan oren.

Kepada mereka yang selama ini mendambakan G-Shock edisi pintar, kini impian menjadi realiti.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: CASIO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori