Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kem Pembangkang, RUU 355...

KUALA LUMPUR - Persidangan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 mulai Isnin ini,...

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan...

Kes Harian Meningkat, Rt...

KUALA LUMPUR : Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 terus melonjak pada...

Banjir Di Kelantan Bertambah...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 13,003 orang pada...

Catatan Sedih Pengembara Solo, Dihalau Dari Masjid Di Seoul

RAMAI yang tidak menyedari bahawa isu ‘masjid ditutup’ ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara asing, malahan di Malaysia juga, banyak rumah ALLAH dikunci setelah selesai solat jemaah.

Mungkin langkah ini diambil kerana mahu elak kecurian, namun bagaimana pula dengan golongan musafir yang ingin menunaikan kewajipan mereka?

Pengembara solo dari Malaysia, Irshad Harris berkongsikan pengalaman yang ditempuhnya sewaktu ingin menunaikan solat Subuh di sebuah kawasan di Seoul, Korea Selatan.

Pengalaman beliau yang kami kongsikan di bawah ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda kita terhadap rumah Allah SWT yang seharusnya sentiasa terbuka luas untuk umatNya.

Mudah-mudahan kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.. – MYNEWSHUB.CC

sejid2

Salam alayk dan Salam Semesta.

Inilah jawapannya kenapa Islam masih tidak berkembang di Korea Selatan.

Aku tiba di Seoul Station tepat jam 0432. Aku bergegas ke Yongsan Station untuk letak backpack aku yang berat, memandangkan aku akan ke sini semula petang nanti. Selesai drop bag di locker, aku bergegas pula ke Itaewon Station dengan harapan dapat solat berjemaah Subuh di Masjid Itaewon.

Malangnya, keluar saja dari exit 3 Itawon Station, aku sesat entah ke mana. Setengah jam juga aku mencari masjid, dalam tahap suhu -7, aku jalan seorang diri di tengah bandar Itaewon mencari Masjid Itaewon.

Jam dah menunjukkan pukul 0715. Subuh mula jam 0607. Syuru’ pula jam 0744. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang perempuan Korea yang nampak macam bergegas untuk pergi kerja, aku tanya dia, Itaewon Mosque?

Dia reply, Islam Temple? This way and turn right. Aku Kamsamida sahaja dan senyum, nak jawab apa lagi kan. Aku senyum seorang diri sambil bermonolog.

Alhamdulillah, tepat jam 0730 aku sampai di Masjid Itaewon. Tak tahu kenapa aku menangis macam nampak Kaabah, mungkin sebab dah terlalu letih dan sejuk beku.

Dan, di sinilah bermulanya kekecewaan aku. Aku punya semangat nak solat di Masjid Itaewon, dari Seoul Station lagi aku sudah ambil wudu’. Sejuknya hanya Allah yang tahu.

Satu demi satu anak tangga masjid aku naik, tak henti-henti ucap Alhamdulillah. Kemudian kelihatan dua orang di depan pintu masjid sedang bersembang, seorang Korean, seorang lagi macam Pakistani, nampak seperti berumur juga sekitar lingkungan 40-50an, aku rasa imam dan bilal.

Aku bagi salam, mereka jawab. Tiba-tiba salah seorang dari mereka (Korean) beritahu aku, sorry, we’re closing. Terkejut lah aku, takkan aku nak solat kat luar ni, memang sejuk membekulah jawabnya.

Aku cakap, Subuh prayer. Dia kata okay, pray only. Aku pun melangkah masuk masjid, memang kosong dan paling seronok, panas. Aku nampak ada 2 sejadah kat ruangan hadapan, mungkin mereka berdua sahaja yang solat subuh di masjid pagi ini.

Selepas selesai solat, aku buka phone dan baca quran, bermula dari surah An-Nisa’ ayat 1. Dalam pertengahan aku baca ayat 37 (agak panjang ayat ni), tiba-tiba Korean guy tadi masuk and suruh aku keluar.

Aku ingat sapaan dia mula-mula sebelum aku masuk masjid tadi hanya gurauan, rupa-rupanya memang betul suruh keluar. Aku pasrahlah, tapi aku nak habiskan dulu ayat 37 yang tergantung tadi, sayangnya, tak dapat.


Dia kunci pintu yang paling hampir dengan aku, tarik aku pergi main door dan dengan nada marah dia tempik aku, Get Out! We are closing!

Aku pandang je muka dia sambil angkat beg sandang aku dan pouchbag. Rasa nak pukul pun ada. Lebih menyedihkan, aku tak sempat pakai kasut lagi dia masih jerit get out!!

sejid3

Selesai sarung kasut dalam suhu sejuk beku ini, aku meneruskan semula perjalanan ke Itaewon Station sambil mengesat air mata. Akulah insan paling kecewa hari ini.

Inilah kekecewaan aku paling besar terhadap Islam di sini. Ternyata, gelak sinis dan monolog sendiri aku dalam mengulangi ayat wanita korea tadi “Islam Temple” satu silap besar.

Hakikatnya, masjid ini hanya sekadar temple di mata rakyat Korea, dan pelancong-pelancong luar. Kebetulan semalam aku ke Haedong Yonggusa Temple, langsung tidak dihalau. Harini aku ke masjid, dihalau seperi anjing kurap pula.

Inilah jadinya bila rumah Allah dibuat seperti rumah sendiri, sedang Allah seronok menerima tetamuNya dalam rumah Allah yang bersih lagi suci untuk beribadah, kita manusia menghalau dan melarang orang ke masjid pada waktu-waktu tertentu.

Nasihat ini bukan sekadar untuk Masjid Itaewon, malahan mereka tidak akan faham luahan aku ini, tetapi buat masjid-masjid di tanah air kita sendiri, dan jika ada pembaca merupakan pelajar Malaysia di Korea, ubahlah persepsi mereka tentang masjid, bahawa masjid itu rumah Allah, bukan rumah mereka.

Tidak hairan rakyat Korea menggelarnya Islam Temple. Dan bagi aku, inilah antara punca Islam lambat berkembang di bumi Korea. Bukanlah niat aku untuk memburukkan Masjid ini, tetapi sebagai pengajaran juga buat seluruh masjid di Malaysia.

Akhir kalam, semoga Allah merahmati kalian, aku, rakyat Korea dan memberkati serta melimpahkan sepenuhnya rahmat buat Kota Itaewon dan warganya. In shaa Allah.

Aku merencanakan post ini sambil duduk di tepi dinding Itaewon Station, mengharapkan panas dari dalam bangunan ini, sambil melihat kesibukan rakyat korea bergegas untuk kerja.

Inilah dunia yang sementara, dan di sanalah akhirat yang kekal selamanya.

Suatu hasrat yang tak dapat,
adalah nikmat yang paling padat.

Irshad Harris,
Itaewon, Seoul
8/1/16

Sumber: Facebook Irshad Harris

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori