Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Saya Diperangkap Suami Adira”...

PEMINAT hiburan dikejutkan dengan penyebaran video mesra pelakon Ruhainies dan suami Adira, Datuk...

Polis Tahan Seorang Lelaki,...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan...

Linda Rafar Kecewa Dituduh...

PELAKON Linda Rafar menyatakan perasaan terkilannya dengan sikap sesetengah pihak yang mengatakan dirinya...

Polis Siasat Kejadian Conteng...

SHAH ALAM - Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menconteng...

Cerai Isteri Hanya Kerana Tertumpah Air Teh

BAGHDAD – Seorang lelaki Iraq bertindak nekad menceraikan isteri yang baharu 23 hari dikahwininya selepas wanita itu tertumpahkan air teh di kaki ibunya.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu berkata, dia tidak sengaja, tetapi suaminya begitu marah dan mendakwa isterinya sengaja melakukannya.

Dia bertindak menceraikan wanita berkenaan.

Media tempatan tidak menyebut nama pasangan suami isteri itu atau bila dan di mana ia berlaku.

Bagaimanapun, kisah itu yang menjadi viral menerusi media sosial mengundang pelbagai reaksi.


Ada pengguna bersetuju dengan tindakan lelaki itu dengan berkata, isterinya perlu diceraikan kerana tidak menghormati ibu mentua.

Sekumpulan pengguna lain bagaimanapun menyalahkan lelaki itu dengan berpendapat, kejadian itu mungkin tidak disengajakan dan jika ia berlaku dengan sengaja sekalipun, ia boleh diselesaikan tanpa menceraikan isterinya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori