KISAH percintaan yang diakhiri dengan satu lamaran indah pastinya akan membuatkan seorang wanita gembira untuk terus jalani hidup bersama pasangannya.
Tetapi bagaimana pula sekiranya lamaran itu berakhir apabila kedua-duanya ditangkap pada hari sama?
Inilah yang terjadi kepada pasangan romantik, William Cornelius Junior dan Sheri Moore dari Bay City, Michigan, Amerika Syarikat.
30 Disember lalu, Cornelius, 25, melakukan kejutan romantik apabila melamar teman wanitanya, Sheri, 20, dengan cara membuat pengumuman di pasaraya Walmart. Mereka kemudiannya menerima tepukan gemuruh pelanggan lain setelah Sheri setuju dengan lamaran itu.
Selesai melamar, Cornelius menghadiahkan sebentuk cincin berharga AS$29.62 (RM131.01) yang dibelinya di pasaraya sama buat Sheri.
Disebabkan teruja, mereka berdua pergi ke pusat beli belah berdekatan, Bay City Mall lalu mencuri beberapa barangan antaranya pakaian dalam, sex toy dan sex candy bernilai AS$80 (RM353.84).
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila kedua-duanya ditahan atas tuduhan mencuri.
Setelah soal siasat dijalankan, pihak polis mendapati Sheri telah mencuri seutas rantai dan sepasang tindik telinga di Walmart manakala Cornelius mencuri barangan di Bay City Mall.
Walaubagaimanapun, Sheri menafikan tuduhan ke atasnya dan berkata, tunangnya itu yang telah mencuri kesemua barangan tersebut.
Kini, kedua-dua mereka ditahan atas tuduhan mencuri. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Ua4NlxrtrE4]