Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nabil Tunggu Komen Netizen,...

PENGACARA, Nabil Ahmad mengakui akan bersikap terbuka menerima teguran dan pandangan yang diberikan...

Ambank Hormati Undang-Undang Syariah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan AmBank hari ini menegaskan ia sememangnya menghormati undang-undang Syariah...

Kekasih Afifah Sangkal Gelaran...

JIKA diperhatikan ruangan komen yang membanjiri Instagram milik kekasih Afifah Nasir iaitu Wan...

Nenek 97 Tahun Angkat...

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan...

Cuaca Panas Akibat El Nino Dijangka Hingga Mac Ini

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan hidrasi.

Fenomena El Nino itu juga telah menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini, katanya kepada Bernama di sini.

Pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini, katanya.

“Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan kawasan mengalami kekurangan hujan di antara 20 hingga 60 peratus dan cuaca menjadi panas dan kering dengan peningkatan paras suhu udara sebanyak 0.5 ke 2.0 darjah Celsius,” katanya.


Lazimnya, pada musim tengkujuh, kawasan pantai timur Semenanjung, Sarawak Barat dan pantai timur laut Sabah akan mengalami hujan lebat mulai November hingga Januari setiap tahun.

Menurut rekod jabatan itu bagi taburan hujan Disember tahun lepas, kawasan pedalaman Pahang, Negeri Sembilan, selatan dan barat Perak, utara Kedah dan Perlis telah merekodkan jumlah hujan kurang daripada 200 milimeter.

Kawasan pantai timur juga telah mencatatkan lebih daripada 20 peratus pengurangan jumlah hujan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SazmQQvoa6U[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori