Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Digesa Gubal Akta...

KUALA LUMPUR - Seorang senator hari ini menggesa kerajaan agar menggubal Akta Antilompat...

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga...

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita...

9 Mat Rempit Termasuk...

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman'...

Jentera Bomba Pun Kena...

Jakarta - Polis percaya individu yang melarikan sebuah jentera pemadam api dari sebuah...

Dadah: Penganggur Dipenjara 11 Tahun, 20 Sebatan

GEORGETOWN – Seorang penggangur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah jenis kanabis seberat 329.3 gram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah memerintahkan tertuduh Muhammad Syakir Saiful Azhar, 28, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 31 Mac 2014.

Mengikut pertuduhan pilihan, Muhammad Syakir didakwa memiliki kanabis itu di No 27, Jalan Permai, Taman Brown, Gelugor di sini pada 4.30 petang, 31 Mac 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Rosli Ismail yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadap anak guamnya kerana tertuduh telah mengakui kesilapannya.

“Semasa ditangkap tertuduh telah mengakui kesilapannya dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis sepanjang dalam tahanan. Saya juga memohon hukuman penjara itu diberi dari tarikh tertuduh di tangkap pada 31 Mac 2014,” katanya.


Sementara itu, dua lagi rakannya, Mohd Fadzli Mohamed, 29, dan Herman Felani Ismail, 32, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan sama.

Mahkamah memutuskan Mohd Fadzli yang tidak bekerja dan Herman Felani yang
merupakan pekerja kawalan serangga perosak itu dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab.

Peguam RSN Rayer turut memohon kedua-dua anak guamnya itu dilepaskan dan dibebaskan terhadap pertuduhan itu kerana Muhamad Syakir telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Q89NTiAOqmA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori