Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Doa Keluarga Sentiasa Iringi...

IPOH - Walaupun berpisah hampir 16,000 kilometer, namun doa keluarga sentiasa mengiringi Cheong...

PBB Kutuk Kemusnahan Kota...

BAGHDAD - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) hari ini mengutuk...

Kerajaan Perlu Kaji Projek...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan...

Cerita Jahat Konon Proton...

ALKISAH baru-baru ini, seorang rakan sembang media sosial saya buat ulasan panjang mengenai...

Daesh: Jakim Beri Penerangan Kepada Lebih Sejuta Orang

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi penerangan dan kefahaman kepada lebih sejuta orang dari perspektif Islam tentang bahayanya fahaman kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya berpuas hati dengan pemahaman masyarakat tentang salah tafsir jihad dan fahaman pengganas dari sudut pandang Islam yang sebenar setelah setahun melaksanakan pelbagai sesi penerangan.

Katanya Jakim bersama-sama 38 agensi termasuk di peringkat negeri menggerakkan sesi penerangan ke seluruh negara sejurus diberi mandat untuk mengetuai sesi penjelasan mengenainya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun lepas.

“Tahun lepas kita sasar beri penjelasan secara bersemuka kepada sejuta masyarakat tetapi kita dapat lebih daripada itu di mana dalam setiap majlis yang diadakan, mereka memberi respons yang baik berhubung kedudukan Islam dalam isu itu.

“Cuma kalau ada, penglibatan masyarakat dalam gerakan ini kita dapati ia dipengaruhi Internet…itu yang susah sikit kita nak kawal,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2015 di sini hari ini.

Othman berkata sesi penerangan yang turut dilaksanakan di sekolah pondok dan madrasah itu, turut memberi tumpuan kepada penjelasan berhubung penularan fahaman Syiah dan Wahabi di negara ini.


“Sesi penjelasan sebelum ini dibuat secara umum, namun dengan perkembangan terkini ancaman kumpulan militan, Jakim dengan makluman daripada pihak keselamatan akan memberi lebih tumpuan penjelasan di kawasan-kawasan yang berpotensi menularnya fahaman tersebut,” katanya tanpa menamakan kawasan itu.

Dalam pada itu, Othman berkata pengubahsuaian Bajet 2016 tidak akan merencatkan program kepentingan masyarakat yang dirancang Jakim seperti sesi penerangan tentang ancaman fahaman militan dan salah erti jihad.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori