Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cheng Hoe ‘Pening Kepala’...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe 'pening kepala’ untuk...

Jamal Akhirnya Pulang Ke...

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Nahas Lion Air: Tiada...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat...

Program Perkampungan Sunnah Di...

KANGAR - Program Perkampungan Sunnah, yang membicarakan intipati hadis, di Masjid Alwi Kangar...

Dah 3 Bulan Hilang.. Suami Harap Jashiah Selamat

KUALA LUMPUR – “Tiada apa lagi yang saya harapkan pada tahun ini melainkan isteri saya ditemui dengan selamat,” kata Ruzilan Omar, 58, suami kepada Jashiah Rabu, 54, yang hilang hampir tiga bulan lepas.

Jashiah yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu di sini yang juga ibu kepada empat orang anak, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Okt tahun lepas.

Beliau dikatakan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang sejauh kira-kira 10 kilometer.

Ruzilan berkata beliau sekeluarga tidak putus harapan dan sentiasa mendoakan agar isterinya sentiasa selamat.

“Saya dan keluarga sentiasa melakukan solat hajat dan berharap isteri saya sentiasa sihat dan baik.

“Kami juga amat merinduinya dan berharap dia akan kembali ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat,” kata Ruzilan kepada Bernama.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya masih melakukan siasatan dan pencarian berkala di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru bagi mengesan wanita berkenaan.

“Sehingga kini tiada petunjuk baru yang ditemui,” katanya yang meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori