Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zuraida Jangan Pro Pemaju,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof menyuarakan...

Kepala, Kaki, Tangan 2...

KUALA LUMPUR - Polis melancarkan operasi mencari beberapa lagi bahagian badan dua mayat...

APM Negeri-Negeri Disaran Tubuh...

SEREMBAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri-negeri disaran supaya menubuhkan pasukan...

6 Maut, 3 Cedera...

SEREMBAN - Enam maut, dua cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan...

Dana Qu Puteh Cuma Tampung 50 Peratus Bajet KAFA

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) meminta penyokong The Red Warriors (TRW) tidak lalai dengan publisiti ke atas pasukan itu disebabkan penajaan dana oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dana tajaan yang bakal diperoleh TRW daripada syarikat produk Qu Puteh itu cuma menampung 50 hingga 60 peratus daripada keseluruhan bajet yang diperlukan pasukan bola sepak Kelantan.

“Mengendalikan pasukan di Liga Super tersangat berat dan sukar. Kita bersyukur dengan keberhasilan usaha setakat ini. Namun jangan mudah tenggelam dalam publisiti yang kadangkala meliar dan tersasar dari realiti.

“Penajaan setakat ini baru 50 hingga 60 peratus bajet kita (KAFA). Itu pun belum menjadi realiti sepenuhnya dan wang sebenar belum diterima,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Hasmiza atau lebih popular dengan gelaran Dr. Vida bakal menjadi penaja utama TRW selama dua musim dan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA.

Sebelum ini, Dr. Vida mencetuskan kontroversi apabila mahu Stadium Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu selain menukar nama pasukan kepada “Pamoga Qu Puteh” The Red Warriors sebagai syarat tajaan lebih RM16 juta.


Sehubungan itu, kata Annuar, usaha perlu diteruskan bagi mencari baki 40 peratus dana yang diperlukan pasukan bola sepak Kelantan.

“Prestasi pasukan belum ke mana. Maka jangan mudah terlali, sentiasa bersederhana dan amanah. Jangan kelak karam dilambung ombak,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori