Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Nasihat Rakyat Kekal...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia...

[TIDAK RASMI] Wee Ka...

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Ka Siong di...

Najib Hadiri Majlis Makan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri...

“Kita Berdepan Bencana Yang...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkongsi...

DAP Tidak Akan Tunduk Dengan Fitnah PAS! – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP tidak akan tunduk kepada pembohongan dan kempen fitnah yang dilakukan oleh PAS.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi memfitnah DAP menerima tawaran dana RM1.2 bilion daripada rejim Israel.

“DAP akan meneruskan komitmen asal menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama

“DAP yakin menjadi sebuah parti Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini memberitahu parti itu akan menyaman PAS kerana membuat fitnah DAP mempunyai hubungan dengan Israel.

Hubungan diantara DAP dan Israel itu didedahkan oleh Unit Penyelidikan PAS Pusat berdasarkan keterangan seorang bekas pegawai Guan Eng.


Kit Siang dalam pada itu menyindir polis Malaysia tidak cekap dan tidak profesional kerana tidak mengambil sebarang tindakan diatas pendedahan PAS berkenaan.

“Sedangkan Malaysia mempunyai salah satu daripada cawangan khas yang paling berwibawa di dunia,” sindirnya.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan, DAP akan melindungi Islam sebagai agama rasmi negara ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori