Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Visa, Mastercard Gantung Operasi...

NEW YORK : Penyedia pembayaran melalui kad terbesar di dunia, Visa dan Mastercard...

“Saya Nak Tahu Juga...

PELAKON -Ā Zara Zya terkejut apabila timbul gosip kononnya dia diintai seorang lelaki bergelar...

Selepas Gelar Lanun, Mahathir...

SEMAKIN BIADAB... Nampaknya tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara jelas tidak serik...

Larian Obor Sukan SEA...

KUANTAN - Larian Obor Sukan Sea ke-29 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan...

DAP Ulangi Gesaan Bukan Melayu Sertai UMNO

KUALA LUMPUR – DAP terus melakukan provokasi perkauman dengan mengulangi gesaan supaya UMNO membuka keahlian parti itu kepada bukan Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, Malaysia bukan sebuah negara demokrasi jika keahlian parti UMNO masih hanya untuk orang Melayu.

“UMNO akan dapat membantu mempertahankan demokrasi di Malaysia jika ia membuka pintunya kepada orang bukan Melayu.

“Menjadi sebuah parti Malaysia untuk meningkatkan taraf semua kaum dan agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mynewshubƃā€šĆ‚Ā semalam melaporkan DAP meminta UMNO membuka keahlian parti itu kepada bukan Melayu supaya negara ini tidak lagi ditadbir oleh Perdana Menteri yang terlalu mengutamakan kepentingan kaum Melayu dan Islam.


Dakwa DAP, Malaysia tidak boleh mempunyai Perdana Menteri daripada parti politik yang menjuarai kaum Melayu sahaja kerana kaum Melayu masa kini menolak politik yang berasaskan kepentingan kaum dan agama mereka sahaja.

“Jika UMNO tidak membuka keahlian parti itu kepada bukan Melayu, UMNO akan menjadi parti yang tidak relevan dalam memenuhi aspirasi rakyat Malaysia waktu ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori