Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan...

Ipoh : Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan ditinggalkan dalam...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia...

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih...

Berhenti Bangkit Bangsa Asal...

KLANG - Rakyat diminta berhenti membangkitkan isu bangsa asal di negara ini sehingga...

Laudya Bercinta Dengan Bekas...

BEKAS suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran kini menjadi tumpuan media hiburan Indonesia...

Denggi: 15 Pemilik Premis Dikena Kompaun Maksimum Di T’ganu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenakan jumlah kompaun maksimum sebanyak RM500 terhadap 15 pemilik premis yang dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarahnya, Dr Mohamad Omar berkata kompaun berjumlah RM7,500 tersebut melibatkan lapan lokaliti dan ia dikenakan bagi membendung masalah sama berulang.

“Kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) ini perlu dibayar dalam tempoh sebulan dan jika gagal berbuat demikian, pemilik premis bakal berdepan tindakan mahkamah.

“Setelah berlaku tiga kematian akibat denggi dalam tempoh tiga minggu ini, kompaun maksimum ini diharap dapat menyedarkan orang ramai supaya cakna dengan tahap kebersihan di persekitaran rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan gotong-royong bersepadu bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Kampung Gong Gemia, di sini hari ini.

Terdapat lapan lokaliti wabak denggi di seluruh negeri dikesan iaitu empat di Kuala Terengganu dan empat lagi di Kuala Nerus.


Lima kompaun telah dikeluarkan di Jalan Alor Besar, empat kompaun di Taman Desa Pusu 3, dua kompaun di Losong Haji Su dan satu kompaun, masing-masing di Taman Pmint Perdana Fasa 1 di Seberang Takir; Perumahan Awam Kos Rendah Wakaf Tengah; Duyong Besar dan Jalan Panji Alam.

Tambah Dr Mohamad, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MBKT untuk mewujudkan satu kaedah pelupusan sampah yang lebih efektif di Kampung Gong Gemia memandangkan penduduk kampung ketika ini hanya membuang sampah di sekitar longkang di kampung tersebut.

“Memang agak sukar untuk kontraktor pembersihan MBKT masuk ke kawasan kampung ini berikutan akses yang terhad, jadi kita akan cuba wujudkan kaedah lain yang lebih berkesan untuk memastikan kes denggi tidak lagi berulang di kawasan ini pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori