Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tumbuk Kepala Polis, Penganggur...

KUALA LUMPUR - Akibat menumbuk kepala seorang anggota polis, seorang penganggur dijatuhi hukuman...

Mara Digital Anggerik Mall...

SHAH ALAM - Kesemua 52 kios di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, MARA...

Akaun Instagram Ibu Zayn...

SHAH ALAM - Berita mengenai penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan...

Bilangan Pelancong Menaiki Langkawi...

LANGKAWI - Lebih ramai pelancong dijangka menaiki Langkawi SkyCab, sebuah sistem kereta kabel...

Dolce & Gabbana Perkenalkan Fesyen Muslimah

GERGASI fesyen dunia, Dolce & Gabbana bakal mengeluarkan koleksi terbaharu yang akan memeranjatkan ramai orang.

Empayar fesyen yang diterajui dua sahabat dari Itali, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana sebelum ini dikenali sebagai rumah fesyen yang banyak mengeluarkan koleksi-koleksi houte couture dan bercitarasa mewah.

Taylor-swift-in-gold-Dolce&Gabbana-gown-at-Academy-of-country-music-awards-2013
Taylor Swift menggayakan dress mewah Dolce & Gabbana di Country Music Award 2013.

Koleksi pakaian yang dikeluarkan Dolce & Gabbana juga seringkali jadi pilihan ramai selebriti antarabangsa ketika menghadiri majlis-majlis tertentu seperti malam gala anugerah yang berprestij.

Terkini, wanita muslimah yang menggemari dan meminati koleksi pakaian jenama terkenal ini boleh memilikinya.

Mungkin kekangan harga bakal menjadi penghalang bagi kebanyakan orang, namun bagi yang ‘berada’ dan gemarkan rekaan Dolce & Gabbana pasti akan teruja dengan koleksi terbaharu mereka ini.

dolce-2

dolce-printed-hijab

dolce-dolce


Nampaknya semakin ramai pereka fesyen terkenal mula memahami citarasa wanita-wanita muslim seluruh dunia. Diharapkan gaya muslimah akan terus mendominasi dunia fesyen suatu hari nanti.

Semoga koleksi terbaharu Dolce & Gabbana ini juga, akan mencetuskan inspirasi buat pereka fesyen lain untuk menghasilkan koleksi pakaian yang lebih sopan dan sesuai dipakai oleh wanita-wanita yang menjaga aurat mereka. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9RKvTT_xuJU]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori