Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Perlis Cadang Azlan...

KUALA LUMPUR - UMNO Perlis mencadangkan kepada kedua-dua pucuk pimpinan UMNO iaitu presiden...

TN50: Pendidikan 1 Aliran...

GEORGE TOWN - Sistem pendidikan satu aliran dan suasana kehidupan dalam sebuah persekitaran...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing...

Kerajaan N.Sembilan Sumbang Sanitiser...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menyerahkan sumbangan sanitiser kepada lima buah...

Dua Premis Musnah Dalam Kebakaran Di Dungun

DUNGUN – Dua premis membabitkan bengkel motosikal dan kedai makan musnah dalam kebakaran di Kampung Cacar di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Pemilik bengkel kereta Che Musa Jusoh, 51, berkata ketika kejadian dia sedang minum di sebuah restoran berdekatan bersama pekerjanya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di kawasan premis tersebut.

“Sebaik tiba saya lihat bengkel sudah terbakar lalu terus saya arah anak buah memindahkan semua barang dan bawa keluar kenderaan pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya dia hanya sempat menyelamatkan beberapa barang yang penting sahaja kerana api sudah mula menyambar sebuah kontena di kedainya yang dijadikan stor menyimpan barang, namun bersyukur kedainya tidak musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.


Sementara itu Ketua Operasi Timbalan Penguasa Bomba Khairul Hasni Mokhtar ketika dihubungi Bernama berkata sejurus menerima panggilan seramai 15 pegawai dan anggota serta tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal setengah jam kemudian serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya anggaran kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori