Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KAFA Lakukan Rundingan Akhir...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melakukan rundingan akhir dengan...

Kerajaan Lihat Kemungkinan Tukar...

CYBERJAYA - Kerajaan akan melihat kemungkinan untuk menukar sistem percukaian di negara ini...

“Kerja Keras Produksi Punca...

FILEM terbaharu terbitan syarikat produksi Skop Productions, yang sedang ditayangkan mendapat kejayaan besar...

Pemilik Motosikal WFM 7450...

PEMILIK motosikal dengan nombor pendaftaran WFM 7450 diminta supaya menyerah diri selepas terlibat...

Duda Anak Dua Dijumpai Mati Lemas

DUNGUN – Misteri kehilangan seorang duda anak dua yang tidak pulang ke rumah selama tiga hari terungkai apabila mayatnya dijumpai dua orang pemancing di Sungai Kampung Dendang, Hulu Dungun di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Imran Ismail berkata mayat Sufian Harun, 36, dijumpai dua pemancing terbabit pada pukul 9.30 pagi tadi.

“Kita menerima laporan daripada orang awam pada pukul 11 pagi dan kita telah menggerakkan lapan anggota bersama sebuah bot untuk mengambil mayat mangsa yang tersangkut pada ranting pokok.

“Mangsa dipercayai mati lemas dan mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saksi yang menjumpai mayat tersebut, Ayob Yusof, 27, berkata beliau dan adiknya Abdul Halim, 13, terkejut apabila ternampak satu objek yang terapung kira-kira 100 meter dari tempat mereka memancing.

“Masa itu, saya duduk di tepi sungai, nampak ada satu objek besar yang terapung. Kemudian, saya dan adik naik bot untuk tengok apa objek tersebut dan agak terkejut bila tengok objek tersebut adalah mayat.


“Saya agak panik sebab tidak pernah jumpa mayat macam ini, kemudian saya dan adik cepat-cepat balik ke darat dan bagi tahu orang kampung penemuan mayat tersebut,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Harun Abdullah, 73, mengesahkan mayat tersebut ialah anak lelakinya berpandukan cincin yang dipakai di jari kiri tangannya dan jari kakinya yang bengkok.

“Saya memang yakin itu anak saya sebab tengok jari kaki pun saya boleh sebab ada jarinya yang bengkok.

“Anak saya ini duda anak dua dan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, saya sudah buat laporan di Balai Polis Bukit Besi sebab anak tinggal di Bukit Besi dan saya pula tinggal di Kampung Baru Sungai Binjai, Landas,” katanya yang reda dengan pemergian anaknya itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gYFcZ-6c-tU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori