Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bekas Datuk Bandar Mexico...

SEORANG lelaki yang merupakan bekas Datuk Bandar (mayor) di Mexico ditahan atas dakwaan...

Dana NGO Belia Tumpu...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menetapkan bahawa tumpuan peruntukan kepada pertubuhan bukan...

Tiada Elemen Keganasan Kapal...

PUTRAJAYA - Tiada elemen yang boleh dikaitkan dengan aktiviti keganasan dalam kes penahanan...

“Anugerah Buat Batu Nisan...

KELUHAN pelakon Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan pihak...

El Nino: Bomba Negeri Sembilan Tempatkan Aset Di Lokasi Strategik

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menempatkan lima unit ‘Prime Mover Water Tanker’ berkapasiti 20,000 liter air di lokasi strategik sebagai persediaan menghadapi fenomena El Nino.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata walaupun statistik kebakaran menunjukkan keadaan masih terkawal namun langkah awal perlu diambil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Lima unit ‘Prime Mover Water Tanker’ itu tempatkan di balai bomba Nilai, Seremban 2, Simpang Pertang, Rembau dan Gemas.

“Kami juga ambil langkah menambah anggota. Tahun lepas kami tempatkan 52 anggota di balai di Jelebu, Bahau, Gemas dan Rembau. Dua pasukan bomba sukarela ditambah menjadikan 17 pasukan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, di sini Selasa.

Beliau berkata Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba juga ditempatkan di sembilan balai antaranya di Nilai, Seremban dan Port Dickson yang berfungsi memberi bantuan kepada anggota sekiranya tercedera semasa operasi.

Bermula 1 Jan lepas, Norazam berkata mana-mana balai bomba yang mempunyai jadual kerja 24 jam ditukar kepada 12 jam bagi memastikan anggota mempunyai rehat mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Katanya pengetahuan anggota bomba bantuan dan sukarela juga ditingkatkan dari masa ke semasa.

“Tahun lepas kami tingkatkan latihan berkaitan pengendalian jentera dan pam pengoperasian jika berlaku kebakaran melibatkan kebakaran belukar. Tahun ini kami merancang untuk kemahiran anggota dengan adakan latihan supaya anggota sukarela dapat bantu pasukan bomba menangani kebakaran hutan,” katanya.

Mengenai penambahan balai bomba baharu di negeri itu, Norazam berkata sebuah balai bomba akan dibina masing-masing di Seri Menanti dan Rantau tahun ini.

Berdasarkan statistik, sebanyak 1,644 kes kebakaran membabitkan pelbagai jenis kebakaran direkodkan di Negeri Sembilan tahun lepas dengan kebakaran belukar atau lalang merekodkan kes tertinggi iaitu 426 kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori