Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Justo Tidak Dibenar...

BANGKOK - Warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun...

FGV Sasar Jual 30,000...

KUALA LUMPUR - Unit Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), FPM Sdn Bhd...

88 Sekolah Di Kelantan,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 88 buah sekolah masing-masing 64 di Kelantan dan 24 di...

Wanita Maut Kereta Masuk...

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer...

Empat Maut, Kanak-kanak Parah Kereta Bertembung Treler

BINTANGOR (Sarawak) – Empat sekeluarga maut di tempat kejadian manakala seorang cedera parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori treler di Km12 Jalan Bintangor-Sibu semalam.

Ketua Polis Daerah Bintangor DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim berkata kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang berdekatan dengan Simpang Sing Ba.

Empat mangsa yang maut ialah pemandu Wong Ching Chiang, 22; penumpang hadapan Wong Ching Soon, 15; dua penumpang belakang iaitu Henry Ling Jun Hong, 15, dan wanita warga emas, Su Kee Chuo, 65.

Seorang kanak-kanak perempuan Kerry Ling Chen Yu, 11, cedera parah, katanya ketika dihubungi Selasa.

Pemandu lori treler dan kelindannya yang masing-masing berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mohamad Hafipi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa dari arah Bintangor ke Sibu tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki lorong bersebelahan lalu bertembung dengan lori treler yang datang dari arah bertentangan.


Sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor dengan sebuah jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Chua Thien Tiong dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi mengeluarkan kesemua mangsa tamat pada kira-kira 7 malam.

Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori