Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Tikam Teman Lelaki...

KOTA BHARU: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika dipaksa melakukan hubungan seks...

Piala AFF: Kiatisuk, Sundram...

YANGON - Kiatisuk Senamuang dan V. Sundramoorthy, masing-masing dari Thailand dan Singapura mengetepikan...

Bekalan Makanan Sempena Ramadan...

BALING - Bekalan makanan sempena Ramadan ini dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat...

Pegawai Kanan TH Direman...

PUTRAJAYA — Seorang pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar ‘Datuk’ direman empat hari...

Epik! Cikgu Sambut Pelajar Dengan Kostum Star Wars

SETIAP kali hari pertama persekolahan, gelagat pelajar tahun satu pasti menjadi perhatian dengan ada antaranya menangis apabila berpisah dengan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, pihak sekolah tidak ketinggalan cuba sedaya upaya mereka supaya pelajar yang baru memasuki sekolah tidak berasa takut malah gembira untuk menuntut ilmu di sana.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu Kelantan menampilkan kelainan apabila membawakan dua watak dalam filem Star Wars pada hari pertama persekolahan dibuka, pada Ahad.

Dua watak berkenaan, Darth Vader yang berpakaian hitam dan Stormtroopers, berpakaian putih nyata berjaya menarik perhatian 1,360 murid terutama 252 murid Tahun Satu yang mula melaporkan diri di sekolah berkenaan.

Guru Besar SK Kubang Kerian 3 Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata idea untuk membawa dua watak Star Wars itu timbul ketika pihak sekolah mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.

581875_1052040468196304_9082800925608636278_n

12400727_1052040484862969_2277316503582993657_n

Tindakan itu telah mendapat pujian ramai pihak, yang berpendapat pihak sekolah sangat kreatif dan sporting memilih jalan untuk menarik minat pelajar baru yang sedih apabila ditinggalkan di sekolah.


1

2

3

4

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9bnTPtMnnYc]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori