Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bukti Kenyataan Guan Eng...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius kenyataan YB Menteri Kewangan yang menuduh...

Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar,...

BAU - Henry Harry Jinep, seorang ahli perniagaan dan‎ calon BN kerusi Tasik...

SPAN Serbu Premis Curi...

Seremban : Tiga premis di sini, dan Port Dickson, diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air...

Barisan Pemain TRW 2015...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengumumkan barisan baharu pemain...

Fahaman Daesh Dimurkai Allah – AMK

KUALA LUMPUR – Keganasan yang dilakukan oleh kumpulan militan Daesh atau Islamic States (IS) salah di sisi Islam dan dimurkai oleh Allah S.W.T.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin berkata, malangnya fahaman ekstremisme IS itu telah sampai ke rantau ini.

“Ancaman keganasan bukanlah omong kosong. Pengajaran Islam menegaskan tindakan ganas adalah salah dan dimurkai oleh Allah S.W.T.

“Ekstremisme yang dieksport ini bukan sahaja telah sampai ke Eropah tetapi juga berjaya dibawa masuk ke rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Afif berkata, usaha pihak berkuasa menangani ancaman IS melalui risikan dan kawalan tidak mencukupi.


Menurutnya, usaha itu perlu dibantu dengan kaedah pendidikan dan penjelasan kepada orang ramai.

Justeru, katnaya, adalah menjadi peranan para pendidik, guru dan tokoh masyarakat setempat memberi kesedaran kepada rakyat.

“AMK menyeru semua pihak mengukuhkan jaringan hubungan sesama masyarakat supaya tidak wujud elemen radikal dan ekstremisme di negara ini,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori