Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan...

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak...

2 Tokan Dadah Antara...

TAIPING - Dua tokan dadah adalah antara 22 orang yang ditahan dalam Ops...

‘Jesus Christ’ Rancang Culik...

Washington - Seorang lelaki bersenjata berat yang mendakwa dirinya Jesus Christ dan merancang...

Pencipta Bendera MCA Meninggal...

GEORGETOWN - Seorang lagi pencipta bendera MCA, Kean Chai Seng, meninggal dunia di...

Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu, Bayar Tebus Talak RM100

PENYANYI Farah Asyikin disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah telah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier yang berasal dari Afrika Selatan sebanyak RM100.

Memetik sumber mStar, Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Selebriti itu memfailkan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.


Farah dan Zaahier bernikah pada 15 Februari 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ebrahim Owais, dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

Zaahier
Bekas suami Farah Asyikin, Zaahier Stanley.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori