PENYANYI Farah Asyikin tampil dengan perniagaan berbeza iaitu menjual pakaian dalam dan baju tidur, tidak seperti barisan artis lain yang memilih untuk menjual minyak wangi dan juga tudung.
“Lumrah bagi masyarakat tempatan terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
“Bertitik tolak daripada itu, saya terfikir menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakaian dalam kegemaran mereka.
“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,†kata Farah.
Perniagaannya kini dijalankan secara online di bawah jenama Zawjahs Garden dan pada masa akan datang Farah bercadang untuk memperkenalkan jenama tudungnya pula. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WJ8XTg9sujE]