Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Petronas Sahkan Dapat 2...

KUALA LUMPUR - Petronas mengesahkan syarikat itu memperoleh projek laut dalam Blok 4...

Penangan Drama TV, Peminat...

MENDAPAT sambutan yang baik dari penonton drama bersiri Hero Seorang Cinderella, pelakon dan...

TH Lancar Khidmat Van...

KOTA KINABALU - Tabung Haji (TH) melancarkan Perkhidmatan Van Bergerak Tabung Haji Komuniti...

Upacara ‘Posogit’ Tenteramkan ‘Penjaga’...

KUNDASANG - Majlis Penasihat Gunung Kinabalu melakukan satu upacara 'Posogit' hari ini yang...

FOTO: Hotel Mewah Dekat Burj Khalifa Terbakar Malam New Year

SEBUAH hotel mewah berdekatan menara tertinggi dunia, Burj Khalifa, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dilaporkan terbakar Khamis malam, iaitu beberapa jam menjelang sambutan tahun baharu 2016.

CXkjVzfWsAIwY0y CXkkD6_WQAACrYBdubai1ffb57600-5e34-409e-acee-5059e2a40827_169

Menurut laporan portal CNN.com, kebakaran yang berlaku di Hotel Address Downtown itu bermula di tingkat 20 bangunan tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Dalam satu kenyataan Pejabat Media Dubai, seramai 16 orang cedera akibat kejadian itu dan kesemuanya sedang menerima rawatan.

Sementara itu, tetamu hotel yang terselamat telah dipindahkan dari tempat kejadian. 


Seorang saksi, Raphael Slama berkata, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan dan merebak dengan cepat di beberapa tingkat hotel berkenaan.

Difahamkan, suasana dalam hotel menjadi kecoh ketika kejadian kerana tetamu panik dan mula lari bertempiran.

Dubai merupakan antara lokasi tumpuan pelancong untuk sambutan tahun baharu kerana pertunjukan bunga api di bandar itu disifatkan antara yang paling menarik di dunia. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TvHJVvD4hOI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori