Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bajet Pembangunan Universiti Awam...

KUALA LUMPUR - Meskipun peruntukan perbelanjaan mengurus untuk universiti awam dikurangkan dengan kadar...

Zahid Mahu Langkah Komprehensif...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu langkah...

Rihanna Terkejut Suara Peminat...

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu...

“Polis Kat Depan Mata...

TULAR di laman sosial rakaman enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka...

Wanita Bunuh Ibu, Kekasih Kerana Marah Dirogol

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu dan teman lelakinya dengan mendakwa lelaki berkenaan telah merogolnya di Brooklyn.

Remaja berkenaan yang tidak dinamakan itu, mengaku berbuat demikian kerana marah dengan ibunya yang tidak mempercayai bahawa dia dirogol lelaki berkenaan.

Dia kemudiannya menembak ibunya manakala seorang rakannya pula telah membunuh kekasih ibunya itu pada 27 Disember lalu sebelum mereka melarikan diri ke rumah sepupunya.

Menurut polis, remaja itu tinggal bersama sepupunya tanpa mendedahkan perbuatannya itu sehinggalah sepupunya berasa bimbang kerana langsung tidak mendapat khabar berita mengenai ibu gadis tersebut selama beberapa hari.

Selepas bersemuka dengan gadis itu, barulah dia mengaku membunuh ibu dan teman lelaki wanita itu.


Polis kemudiannya menyerbu rumah mereka dan menemui mayat mangsa.

Siasatan mendapati mangsa ditikam. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]j4hP1blKjaI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori