Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pemandu Bas Bawa...

BUKAN sekali dua kita dengar aduan perihal pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan...

1 Juta Ahli UMNO,...

SEREMBAN - Hampir satu juta ahli UMNO, PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)...

Aliff Syukri Amuk Di...

SEKARANG ni ramai usahawan yang dah berjaya bila menjalankan perniagaan pakaian atau barangan...

Polis Minta Lebih Masa,...

BANGKOK - “Beri kami lagi masa dan ruang untuk libat urus dan berbincang...

Gambar: Hari Pertama Putera George Di Nurseri

ISTANA Kensington semalam memuat naik status mengenai putera kesayangan ramai, Putera George yang pertama kali menjejakkan kakinya ke sebuah nurseri di Norfolk, England.

george 3
Duke of Cambridge, Putera William bersama isterinya Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte.

Putera George merupakan putera sulung kepada pasangan Duke Of Cambridge, Putera William dan isteri, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton.

Putera George juga merupakan pewaris ketiga kepada takhta pemerintahan diraja Britain selepas nendanya, Putera Charles dan ayahandanya sendiri, Putera William.

George
Westacre Montessori School Nursery, Norfolk.

Ternyata gembira dengan hari pertama anaknya di Westacre Montessori School Nursery, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton turut berkongsi dua keping gambar anaknya itu di pusat jagaan tersebut.

Putera kecil ini kelihatan gembira pada hari pertamanya di nurseri tersebut.
Putera kecil ini kelihatan gembira pada hari pertamanya di nurseri tersebut.

Tujuan penghantaran putera kecil ini adalah untuk memudahkan beliau membiasakan diri dengan keadaan sekeliling yang berbeza sebelum melangkah masuk ke pusat pendidikan seterusnya.

Selain itu, pusat jagaan Montessori ini merupakan sebuah pusat bimbingan dan pertumbuhan kanak-kanak dan kurikulumnya pula diasaskan oleh seorang guru terkenal dari Itali, Maria Montessori.


Semoga Putera George akan dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baharu seperti kanak-kanak yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=AB74kQZ_h80]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori