SEPERTI yang kita tahu, pasukan bola sepak Kelantan kini dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW) selepas pasukan itu bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh penaja mereka.
Siapa lagi kalau bukan pengasas produk kecantikan dan kesihatan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Majlis menandatangani kontrak itu diadakan di Medan MARA, Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, hari ini.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Datuk Seri Vida, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Datuk Annuar Musa serta barisan pemain PQP TRW.
Majlis itu diwarnai dengan warna merah jambu yang kini menjadi jersi rasmi PQP TRW.
Datuk Seri Vida memberikan jumlah tajaan RM16 juta kepada pasukan Kelantan untuk dua musim saingan Liga Super Malaysia. – MYNEWSHUB.CC