Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pesalah Rasuah Harus Dihukum,...

LONDON - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata individu yang melakukan rasuah...

TERKINI: Shalom Avitan Anggota...

KUALA LUMPUR: Penahanan Shalom Avitan, yang disyaki perisik Israel dalam misi membunuh seseorang...

Syabas Kru MH2 Ke...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala...

Rio: 5 Lagi Pingat...

RIO DE JANEIRO - Atlet negara begitu bersemangat untuk menghasilkan lima lagi pingat...

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Selangor Pada 12 Jan

KUALA LUMPUR – Penduduk Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan dan tekanan rendah air antara 8 pagi dan 9 malam pada 12 Jan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata gangguan berpunca daripada kerja membersih kolam takungan air pengimbang, yang merupakan usaha berterusan bagi menambah baik kecekapan sistem rawatan air di loji rawatan air Kalumpang.

“Pengguna dinasihati menyimpan air secukupnya sebelum 12 Jan. Segala usaha akan dilakukan bagi mempercepatkan kerja pembersihan agar bekalan air ke kawasan terjejas pulih secepat mungkin,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status kerja pembersihan itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore atau Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my atau Facebook dan Twitter SYABAS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori