Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Strategi BN ‘Kempen Tanpa...

TOKYO - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi 'kempen tanpa calon' bagi Pilihan...

Nelayan Masih Bantah Projek...

GEORGE TOWN - Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) kecewa dengan pendirian kerajaan...

Kemerduan Suara Penting Dalam...

MELAKA - Selain aspek hukum tajwid, taranum dan fasohah, aspek kemerduan suara merupakan...

Pengasas Telegram Ditahan: Elon...

MOSCOW - Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat...

Gara-Gara Najis Kucing, Pemilik Bengkel Terima 22 Jahitan

IPOH – Seorang pemilik bengkel menerima 22 jahitan di bahagian kepala akibat cedera dipukul seorang lelaki ekoran berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada najis kucing di Taman Bandar Baru dekat Kampar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata kejadian itu berlaku pada 5 petang semalam, mangsa berusia 52 tahun yang sedang menutup bengkelnya, ternampak suspek membuang najis kucing di belakang premisnya.

Mangsa kemudian pergi mencuci tangan dan ketika itu ada tahi kucing dibuang menerusi lubang kecil berhampiran paip air, lalu terkena kepala mangsa.

“Mangsa kemudiannya cuba berbincang secara baik dengan suspek yang juga pemilik bengkel bersebelahan premis perniagaan mangsa. Bagaimanapun perbincangan itu gagal apabila suspek bertindak memukul mangsa bertalu-talu dengan sebatang besi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya akibat dipukul, lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan serta kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Kampar.


Beliau berkata hasil siasatan mendapati pertelingkahan itu disebabkan masalah najis kucing yang berlarutan sejak 10 tahun.

“Polis kini giat memburu suspek berusia 54 tahun itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori