Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wujudkan Seni Bina Melayu...

KUALA PILAH - Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim akan...

Bas Antirusuhan Pasukan JDT...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul menjadi pasukan bola sepak pertama...

54,824 Calon Peperiksaan UPKK...

PUTRAJAYA - Seramai 54,824 calon peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2017 mendapat...

Kes Low Yat: Rakan...

DALAM satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar...

Hadi Cuma Jalani Rawatan Rutin Di IJN

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekadar menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN).

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasil pemeriksaan mendapati Abdul Hadi tidak mengalami sebarang masalah besar kesihatan.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan rutin Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Institut Jantung Negara (IJN) semalam menunjukkan bahawa tiada masalah besar yang dialami oleh beliau.

“Tuan Guru Presiden mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ahli PAS, penyokong, pimpinan dan rakyat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin meluangkan masa untuk melawat Presiden PAS itu di IJN.


Perdana Menteri melawat Abdul Hadi selepas selesai melakukan pemeriksaan susulan tangannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ahmad Samsuri dalam pada itu memaklumkan, pakar perubatan menasihati Abdul Hadi supaya berehat dan mengurangkan kunjungan tetamu di IJN. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori