Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

23 Mac Keputusan Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mac ini...

BN Mahu RUU Sumbangan...

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mahu Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dapat dibentangkan...

Remaja Dikompaun RM5,000 Rentas...

BUTTERWORTH - Seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan...

Keamanan Dunia Semakin Berkurangan...

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah dunia kini semakin kurang aman...

Hakim Sekeluarga Mati Disasar Bom Di Yaman

KAHERAH – Serangan udara tentera pakatan diketuai Arab Saudi dilaporkan membunuh seorang hakim Yaman dan tujuh ahli keluarganya di ibu negara Sanaa kelmarin.

Serangan bom itu memusnahkan sebahagian kediaman Yahya Rubaid, hakim yang dilantik Houthi untuk menjalankan kes pendakwaan terhadap kumpulan militan seperti al-Qaeda.

Mangsa juga mengetuai pelbagai kes khianat terhadap Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi serta musuh Houthi yang lain.

“Yehia, anak lelakinya, tiga wanita dan tiga kanak-kanak maut dalam kejadian yang memusnahkan rumah dua tingkat itu,” kata anak saudaranya

Abed Rabbo yang diusir dari Sanaa tahun lalu oleh pemberontak Houthi, kembali memimpin kerajaan dari pelabuhan di selatan Aden, yang berjaya ditawan semula pakatan tentera diketuai Arab Saudi pada Julai lalu.

Sementara itu, semalam, Perdana Menteri Khaled Bahah dan barisan Kabinetnya turut pulang ke Aden beberapa bulan selepas pemimpin itu disasarkan pengebom berani mati yang memaksanya melarikan diri dari negara itu.


Pada masa sama kelmarin, konvoi bantuan penghantaran makanan Program Makanan Sedunia PBB selamat tiba ke kawasan yang dikepung buat pertama kali dalam tempoh beberapa bulan.

Jurucakapnya berkata, ia berjaya menghantar 12 trak sarat dengan makanan ke beberapa daerah paling teruk terjejas di Tai seterusnya menyediakan bantuan makanan mencukupi bagi 3,000 keluarga untuk sebulan.

Penghantaran itu sekali gus mengurangkan beban penduduk bandar berkenaan, salah satu zon perang paling teruk di negara itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori