Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rebah Ditembak Tepi...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut ditembak berhampiran keretanya dalam kejadian berdekatan lampu...

Negeri Sembilan, Negeri Kelapan...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu...

Pernahkah Anda Mendengar Alunan...

Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.Tolong jangan ketawa dahulu kerana setiap...

Kumpul 4,000 Botol Kaca...

SETIU - Semuanya bermula dengan niat tidak mahu pelancong cedera terpijak kaca apabila...

Harga Getah: ‘Tolong Ringankan Beban Kami’

BALING – Akibat kejatuhan harga getah melampau, masyarakat yang mengharapkan pendapatan sepenuhnya sebagai penoreh getah perlu menerima kenyataan bahawa mereka kini berdepan dengan masa depan tidak menentu dan tergolong dalam miskin tegar.

Apa tidaknya, dalam keadaan kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang, rata-rata masyarakat di Baling yang majoritinya penoreh getah pastinya begitu terkesan dengan kejatuhan mendadak harga komoditi itu.

Perkara itu dapat dibuktikan berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling yang mendedahkan permohonan bantuan sara hidup meningkat dari 10 peratus kepada 30 peratus sejak kebelakangan ini gara-gara tidak lagi berupaya bergantung kepada getah.

Lebih membimbangkan, paras harga sekilogram getah di Malaysia masih belum berupaya untuk mencecah harga sekilogram gula, sekaligus menimbulkan persoalan apakah nasib penoreh di negara ini akan berakhir tanpa pembelaan sewajarnya?

Dalam laporan beberapa portal berita minggu lalu, mereka mendakwa negara jiran khususnya Thailand, negara dihimpit masalah politik melibatkan pilihan raya umum dan konflik senjata di selatan masih berupaya meletakkan paras harga getah yang selesa untuk rakyatnya.

Laporan itu menyebut paras harga getah jenis getah skrap (Cup Lump) untuk sekilogram di Thailand dilaporkan mencecah melebihi RM4 untuk mata wang negara ini.

Untuk rekod harga lebih RM4 di Thailand tersebut adalah bagi kandungan getah kering (DRC) yang mengandungi 100 peratus manakala di Malaysia harga RM2.20 adalah bagi DRC untuk 50 peratus.

Apapun maka tidak hairanlah sekiranya topik harga getah selalu menjadi bahan bualan masyarakat di setiap warung kopi dengan membanding-bandingkan nasib mereka dengan nasib penoreh dari negara lain.

Beberapa penoreh getah yang ditemui Sinar Harian sekitar daerah ini melahirkan kebimbangan terhadap nasib yang sedang mereka hadapi.

Abdul Kori Ahmad, 45, berkata, dia tiada pilihan lain selain melakukan dua pekerjaan dalam satu masa bagi memastikan sumber makanan kepada keluarga mencukupi.

Menurutnya, jika tidak berbuat demikian, dia terpaksa berhentikan dua anaknya yang bersekolah kerana pendapatan getah tidak lagi relevan.

“Disebabkan harga getah jatuh merudum, saya terpaksa berkorban masa menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah bagi menampung pendapatan.

“Setiap hari bekerja, saya akan keluar ke kebun terlebih dahulu untuk menoreh seawal jam 4 pagi dan pulang untuk mandi, solat subuh dan seterusnya terus ke tempat kerja,” katanya.

Ibrahim Yahya, 60, berkata, menoreh getah adalah sumber pendapatannya sejak 40 tahun lalu dan sehingga hari ini nasibnya masih tidak berubah.


Katanya, penoreh getah yang mengambil upah lebih tertekan berbanding mereka yang mempunyai pokok sendiri kerana pendapatan yang tidak seberapa itu perlu dibahagi dua.

“Saya dan isteri mengambil upah menoreh pokok orang dalam 700 pokok. Pendapatan bersih kami hanya RM250 selepas keuntungan dibahagi dua, dengan kejatuhan harga getah benar-benar menyakitkan,” katanya.

Zakaria Ahmad, 53, pula berkata, dia langsung tiada wang simpanan bagi kegunaan di hari tua disebabkan harga getah jatuh mendadak.

Menurutnya, hasil wang menoreh hanya cukup untuk membeli bahan makanan untuk keluarga dan langsung tidak boleh disimpan atau diberikan kepada anak untuk belanja sekolah.

“Orang kampung dah merajuk dengan kerajaan, orang atasan tidak merasa betapa sakitnya hidup sebagai penoreh. Jika harap bantuan kerajaan memang tidak cukup, kerajaan hanya salurkan baja susu sebaliknya baja getah kami terpaksa beli sendiri, satu kampit baja getah sahaja sudah cecah RM100, saya nak makan apa?,” katanya.

Bagi Abd Karim Hussain, 36, hidupnya cukup terhimpit memandangkan harga getah begitu membebankan dia sekeluarga.

Menurutnya, nilai harga getah pada masa kini terlalu rendah dan ianya tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi.

“Teruk sangat harga getah sekarang, saya harap wakil rakyat turun tengok kesusahan rakyat,” katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu mencari alternatif terbaik bagi memulihkan ekonomi penoreh seandainya tetap tidak mahu menaikkan harga getah.

Shah Kalid Ahmad, 62, pula berkata, antara faktor penoreh tidak mendapat banyak hasil adalah disebabkan musim hujan, kemarau dan musim daun luruh. Menurutnya, susu getah sukar diperoleh ketika ketiga-tiga musim itu dan ia menyebabkan pendapatan penoreh lebih terjejas teruk.

“Keadaan ini merunsingkan kami, sudahlah sukar menoreh pada waktu tertentu, harga pun jatuh,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori